"Hiatus" Sherlock Holmes

Para peminat Holmes merujuk kepada tempoh diantara 1891 ke 1894 — iaitu masa Holmes "meninggal" dalam "The Adventure of the Final Problem" dan kemunculannya semula dalam "The Adventure of the Empty House" — sebagai "Hiatus Besar". Ia dinotakan bahawa dalam satu cerita kemudian, "The Adventure of Wisteria Lodge", diterangkan sebagai berlaku pada tahun 1892.

Conan Doyle menulis cerita-cerita mengenainya sepanjang satu dekad. Oleh kerana mahu menfokus pada novel-novel sejarahnya, dia membunuh watak Holmes dalam "The Final Problem", yang muncul dalam percetakan pada 1893. Selepas menentang gesaan umum selama lapan tahun, pengarang menulis The Hound of the Baskervilles, yang muncul pada tahun 1901, dan meletakkannya pada tempoh sebelum "kematian" Holmes. Orang awam, sekalipun gembira dengan cerita itu, tidak berpuas hati dengan keadaan ini, maka Conan Doyle menghidupkan semula Holmes dua tahun kemudian. Ramai telah membuat spekulasi mengenai motifnya membawa kembali Holmes daripada perkuburannya, terutama penulis-pengarah Nicholas Meyer, yang menulis esei mengenai perkara ini pada dekad 1970-an, tetapi sebab sebenar tidak diketahui, selain daripada yang nyata: para penerbit menawar untuk membayar wang yang banyak. Untuk apa-apa sebab, Conan Doyle terus menulis cerita Holmes untuk 25 tahun seterusnya.

Sesetengah penulis telah keluar dengan penerangan alternatif sebab hiatus. Dalam novel Meyer, The Seven-Per-Cent Solution, hiatus dikatakan sebagai perehatan rahsia Holmes beberapa tahun selepas rawatan serintian dadahnya dengan Sigmund Freud, sementara dia secara jenaka mencadangkan bahawa Watson haru menulis akaun palsu tentang kematiannya: "Mereka takkan percaya anda walau apa sekalipun."

John Kendrick Bangs, pencipta fantasi Bangs, menulis buku pada 1897 bertajuk Pursuit of the House-Boat (penyambungan pada karyanya A House-Boat on the Styx, dimana roh-roh orang terkenal yang telah meninggal menubuhkan satu kelab di Hades). Dalamnya, house-boat yang dimaksudkan (yang telah dicuri oleh watak Captain Kidd) dikesan oleh ahli-ahli kelab dengan bantuan tidak lain dan tidak bukan Sherlock Holmes; yang sememangnya telah mati.

Dalam tulisan memorinya, Conan Doyle memetik seorang pembaca yang mengadili bahawa cerita-cerita kemudian lebih teruk daripada cerita-cerita awal sehinggakan berkata apabila Holmes terhumbang di Reichenbach Falls, dia mungkin tidak terbunuh, tetapi bukan orang yang sama selepasnya.

Perbezaan antara Holmes pra- dan pos-Hiatus telah mewujudkan spekulasi antara mereka yang bermain 'Permainan' (membuat seseorang percaya Sherlock Holmes adalah orang bersejarah). Antara teori yang lebih mungkin dan menarik: Holmes yang kemudian adalah penyamar (mungkin juga Profesor Moriarty), cerita-cerita kemudian adalah fiksyen yang dicipta untuk memenuhi poket penulis lain (ini sering digunakan untuk cerita yang kononnya ditulis Holmes sendiri), dan Holmes dan Profesor Moriarty sebenarnya adalah variasi The Strange Case of Dr. Jekyll and Mr. Hyde oleh Robert Louis Stevenson. Antara teori khayalan yang diminati ramai pula adalah cerita The Case of the Detective's Smile oleh Mark Bourne, yang terbit dalam antologi Sherlock Holmes in Orbit, teori ini mendakwa bahawa antara tempat yang dilawati Holmes adalah Alice's Wonderland dan di situ beliau berjaya menyelesaikan kes kuih tart yang tercuri, dan seterusnya pengalamannya di situ memaksanya berhenti menagih kokain.